Home » Je Taime, Monsieur Gardenia by Miz Mikkie
Je Taime, Monsieur Gardenia Miz Mikkie

Je Taime, Monsieur Gardenia

Miz Mikkie

Published
ISBN :
Paperback
712 pages
Enter the sum

 About the Book 

Nur Maisarah Alisa, seorang gadis kampung yang bijak dan dibesarkan oleh atoknya, Tok Rahim yang hidupnya kurang serba-serbi. Tidak dikongkong, tetapi dijaga sebaiknya kerana Mai pernah cuba dicabul sewaktu di tingkatan tiga. Sekali lagi maruahnyaMoreNur Maisarah Alisa, seorang gadis kampung yang bijak dan dibesarkan oleh atoknya, Tok Rahim yang hidupnya kurang serba-serbi. Tidak dikongkong, tetapi dijaga sebaiknya kerana Mai pernah cuba dicabul sewaktu di tingkatan tiga. Sekali lagi maruahnya cuba diragut dan kali ini dia percaya dia sudah kehilangan sesuatu yang berharga. Susulan daripada kejadian itu, Atok pula jatuh sakit hingga membawa kepada kematian. Wasiat Atok kepada Dato’ Akram iaitu teman sepermainan arwah abah Mai, atok meminta Dato’ Akram menikahi Mai supaya nasib Mai terbela memandangkan Mai tiada sesiapa selain Atok. Demi memenuhi wasiat arwah, Dato’ Akram terpaksa menikahi Mai yang sudah dianggap seperti anak kerana kedua-dua anak lelakinya tidak mahu mengambil sebarang risiko. Namun sebelum menjejakkan kaki ke banglo Dato’ Akram, mereka sepakat untuk bercerai dan merahsiakan hal ini daripada pengetahuan sesiapa pun. Namun, siapa sangka si dalang yang dicari rupanya datang daripada keluarga Dato’ Akram berdasarkan bukti rantai yang ditemui. Dalam mencari si dalang, Mai terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah anak-anak papa iaitu Syazlan, Raff, Maya dan Isya yang jelas tidak sebulu. Mai mengesyaki Raff adalah pencabulnya kerana Raff nampak tidak suka dengan kehadirannya di situ, hinggalah terbukti apabila Raff kehilangan rantai yang menjadi simbolik keluarga tersebut. Berlaku salah faham dan pertengkaran hingga Mai terpaksa menyuarakan Raff adalah seorang pencabul. Penafian Raff tidak dipandang oleh sesiapa, malah papa telah mengaturkan majlis pernikahan mereka. Bagi Mai, perkahwinan itu hanya sekadar rasa tanggungjawab Raff setelah mengaibkan dirinya, tetapi tidak pada Raff yang ternyata sudah lama mencintai Mai iaitu sejak kejadian di mana dia menyelamatkan Mai daripada dicabul sewaktu Mai di tingkatan tiga. Gardenia itu melambangkan dirinya yang hanya mampu menyintai dan menyayangi seorang gadis dari jauh kerana desakan ego yang membatasi segalanya.* * *Nur Maisarah Alisa, seorang gadis kampung yang dibesarkan oleh atoknya. Malangnya, kebahagiannya diragut setelah diperkosa dan disusuli dengan pemergian atok tersayang menghadap Ilahi. Tekadnya untuk mencari si perogol semakin menampakkan jalan bila dia melangkah masuk ke banglo milik Dato’ Akram. Namun pencariannya bukan sesuatu yang mudah apabila dia terpaksa berhadapan dengan kerenah ‘anak-anak tirinya’.“Sudahlah, tak ada apa-apa yang nak diterimakasihkan, and nothing to be sorry okay? Mai kan famili baru kami, so automatically, Mai tanggungjawab papa and kami satu famili.” ~ Khairul Syazlan si pemanis mulut ala-ala dessert.“Kau tak reti makan pizza ke? Nak aku orderkan gulai tempoyak? Tapi maaflah, kat sini tak jual makanan kampung macam tu.” ~ Raffael Akmasi virus perosak hati yang kacak.“No way! Budak kampung ni nak masuk kolej Maya? Pa, are you mad? No! Just put her at other place. Banyak lagi U and kolej kat dalam Malaysia ni. Oohh, my God..” ~ Nur Maryana si minah gedik santai.“Bangunlah Lis. Jangan biarkan orang keliling kau, jatuhkan kau. Ingat Lis, kita tahu siapa diri kita yang sebenar. Bukan mereka. Mereka cuma tahu berkata bila ada yang tak kena. Hakikatnya, mereka tak rasa apa yang kita tanggung. Apa yang dah jadi, tak boleh diubah.” ~ Nur Arisya Akma si kaunselor bergerak.Bukan pernikahan yang diharapkan di saat identiti si perogol telah ditemui tetapi rancangan papa tidak boleh dipandang sepi. Sungguh, menjadi isteri kepada Raff tiada dalam rencana hidupnya.“Maaf ya, Nur Maisarah Alisa. Walaupun kita kahwin sebab aku nak jaga maruah kau, tapi aku tak ada niat nak kahwin lain apatah lagi bercerai-berai. Kalau kau nak kita kahwin lepas tu buat macam tak ada apa-apa, mimpi ajelah. So, sila jalankan tanggungjawab kau sebagai seorang isteri. Aku tak kahwin dengan kau untuk dapatkan tittle suami je.”Je T’aime, Monsieur Gardenia merungkai perjalanan seorang gadis yang penuh dugaan.